Apa itu pengelasan SAE di dalam minyak enjin kenderaan?

Nombor SAE pada minyak enjin kenderaan adalah petunjuk kepada kelikatan minyak enjin anda pada suhu tertentu.

■■■

Kelikatan minyak  boleh ditafsirkan sebagai berapa lama masa yang diambil oleh minyak untuk mengalir di dalam bekas khas pada suhu yang tertentu

■■■

Jika minyak itu mempunyai kelikatan yang tinggi, bermakna masa yang diambil untuk mengalir adalah lebih lama berbanding dengan minyak yang mempunyai kelikatan lebih rendah

■■■

Minyak enjin kenderaan anda biasanya ditulis dengan "SAE xW-xx".

Contohnya SAE 5W-30 , SAE 10W-40 , SAE 5W-40 & sebagainya

■■■

Huruf "W" pada grade SAE 5W-30 ini contohnya memberi maksud "Winter", bukan "Weight" seperti yang kebanyakan orang Malaysia percaya.

Apa maksud "Winter" pada nombor SAE minyak enjin?

"Winter" disini menunjukkan kebolehan minyak enjin tersebut mengalir pada suhu 0 Fahrenheit (-17.8 darjah Celscius)

Untuk rujukan, air akan menjadi air batu pada suhu bawah 0 darjah Celcius

Bermakna, lebih rendah nombor sebelah W, lebih sedikit minyak itu akan membeku pada keadaan sejuk. Contoh SAE 0W lebih kurang likat berbanding SAE 5W pada keadaan suhu sejuk yang sama

■■■

Manakala 2 nombor hujung pula menunjukkan kelikatan minyak enjin yang diukur pada suhu 212 darjah Fahrenheit (100 darjah Celcius)

Lebih tinggi nombor, lebih lambat untuk minyak enjin menjadi "nipis"

Contoh: minyak enjin SAE 10W-30 akan menjadi lebih cepat "nipis" berbanding minyak enjin SAE 10W-40 pada suhu yang lebih panas & tinggi

 

Minyak enjin kenderaan datang dengan SAE standard Single-Grade atau Multi-Grade

■■■

Single-Grade minyak enjin tidak boleh menggunakan additif viscosity modifier @ Viscosity index improver

Secara keseluruhannya, Single-Grade SAE adalah seperti di bawah:

  1. 0W
  2. 5W
  3. 10W
  4. 20W
  5. 20
  6. 30
  7. 40
  8. 50
  9. 60

Manakala untuk minyak enjin Multi-Grade pula boleh digunakan pada julat suhu yang lebih besar di mana ia boleh terdedah & tidak merosot kelikatannya

■■■

Minyak enjin Multi-Grade akan ditulis seperti ini "SAE xW-xx".

Contohnya, SAE 15w-40

 

Standard SAE ini juga digunapakai pada minyak gearbox kenderaan